Sukhoi Su-27
Sukhoi Su-27

Sukhoi Su-27

Sukhoi Su-27 (nama pengenalan NATOFlanker’) adalah sebuah jet pejuang yang asalnya dibina oleh Kesatuan Soviet, dan direka oleh Sukhoi Design Bureau. Ia bertujuan untuk menandingi pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang generasi baru A.S (yang mana menghasilkan pesawat F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, dan F/A-18 Hornet), yang mampu beroperasi pada jarak jauh, dilengkapi dengan persenjataan berat dan mempunyai kelincahan yang tinggi. Su-27 bukan sahaja melaksanakan misi-misi penguasaan udara, tetapi juga boleh melakukan hamper kesemua operasi pertempuran. Pesaing terdekatnya adalah F-15 Eagle. Berdasarkan rekabentuk Su-27, terhasilnya beberapa hasil pembangunan. Su-33 ‘Flanker-D’ adalah sebuah Pemintas Pertahanan Angkatan yang dibangun daripada rekabentuk Su-27 bagi digunakan di atas kapal pengangkut pesawat. Perbezaan utamanya termasuk pencangkuk ekor dan sirip hadapan. Su-30 pula merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, dua tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Versi-versi lain termasuklah versi serangan Su-34 ‘Fullback’ dan pejuang pertahanan udara yang ditingkat upaya Su-35 ‘Flanker-E’.

Rujukan

WikiPedia: Sukhoi Su-27 http://archives.cnn.com/2002/WORLD/europe/08/07/uk... http://www.irkut.com/en/ http://www.metacafe.com/watch/46389/sukhoi_su_27_p... http://www.zacharz.com/lebourget/su27/photos.htm http://www.ausairpower.net/APA-Flanker.html http://www.ausairpower.net/TE-Flankers-Aug03.pdf http://www.fas.org/nuke/guide/russia/airdef/su-27.... http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... http://www.sukhoi.org/eng/planes/military/su27sk/ http://www.sukhoi.org/eng/planes/military/su27sk/l...